Tuesday, June 23, 2009

SAKA / PENYAKIT MISTERI

PERUBATAN TRADITIONAL
TOK SIRA
Saka/Histeria/Perubatan islam/sakit misteri
SAKA, JIN DAN MAKHLUK HALUS
Setiap penyakit yang di turunkan ALLAH pasti ada penawarnya, Kami adalah pengamal perubatan tradisional melalui kebatinan dan kerohanian. Ingin membantu sekiranya anda menghadapi masaalah seperti berikut:
Perkhidmatan yang kami sediakan:
Pemeriksaan dan Khidmat nasihat kerohanian
Masaalah berkaitan dengan Dampingan
Membuang SAKA dan Sihir
Penyakit-penyakit misteri dan kerohanian
Mandi membuka dan memulih AURA
Membuka rezeki
Mandian unsur untuk pemulihan Zahir dan Batin
Terkena sihir akibat pemujaan
Gangguan makhluk halus
Membuat minyak pelaris diri dan perniagaan
Membuat minyak pelindung diri
Pemulihan kawasan dan rumah akibat gangguan makhluk halus
Histeria
Masaalah rumahtangga
Lambat jodoh
Sakit-sakit atau bisa-bisa badan
Lenggug-lenggug sendi badan
Keracunan dan santau
Resdong

Setiap Penyakit yang ALLAH hadirkan pasti ada PENAWARNYA

Ia adalah ujian untuk menguji kekuatan dan keimanan kita.

Insyaallah.....
Hubungi Kami di: 019-3919998
Dan tuhan kamu berfirman:"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagi kamu. Sesungguhnya orang-orang yang meyombongkan diri dari menyembahKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." -(Surah al-Mukmin :Ayat 60)

Setiap penyakit ada penawarnya. Apabila bertemu dengan kaedah rawatan yang betul dan sesuai serta tepat penawarnya, Insya Allah akan sembuh segala derita sakit samada jasmani mahu pun rohani. Allah s.w.t. menurunkan penyakit dan di samping penyakit itu juga disertakan penawarnya. Terpulang kepada manusia untuk mencari kaedah rawatan yang sesuai dan mengolah segala isi alam ini untuk menjadikannya penawar bagi penyakit yang dideritai.
MENYINGKAP RAHSIA SAKA DAN KETURUNAN
Definasi:
Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki. Lebih-lebih lagi apabila nenek moyang yang membela khadam tersebut telah meninggal dunia.

Sebagai contoh:

Nenek moyang kita ada yang menggunakan khadam-khadam ini untuk menjaga rumah dan kebun. Apabila pencuri masuk mereka seolah-olah Nampak tuan punya rumah atau harimau yang menjaga tempat itu dan akan menakutkan mereka. Dsb nya. Ada yang menggunakan jin-jin untuk kecantikan, kekebalan, pelindung diri, pelaris dan sebagainya.

Semasa mereka hidup, mereka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama. Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.

Dalil:

Persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk 'khadam' dinyatakan di dalam al-Quran. Firman Allah s.w.t.:

Ertinya:

"Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan..." - Surah al-Jin: 6.

Jin yang dijadikan khadam inilah akhirnya menjadi saka yang perturunkan dari ayah ke anak dan keturunan yang seterusnya (mereka yang mempunyai pertalian darah). Ini disebabkan perjanjian yang telah dibuat oleh nenek moyang denan jin tersebut dan mengundang masalah dan penderitaan kepada keturunannya.

Pertalian Antara Jin Dan Saka:

Terdapat pertalian yang erat antara jin dan saka! Jin yang diwariskan seumpama harta peninggalan itulah yang dikenali sebagai saka.

Dalilnya:

Dari Abu Tha'labah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:

Ertinya:

"Jin itu mempunyai tiga jenis: Satu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, satu jenis yang berbentuk ular-ular dan anjing-anjing dan satu jenis yang berpindah-randah."

Jin yang berpindah-randah seperti yang disebutkan diklasifikasikan sebagai jenis jin yang menjadi saka disebabkan jenis jin ini yang mampu berpindah-randah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya.
Ciri-ciri Orang Yang Memiliki Saka:
Secara umumnya orang yang memiliki saka akan mempunyai kebolehan untuk mengubat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan tetapi dengan cara yang meragukan dari sudut syariat, antaranya:

1. Kebanyakkan mereka mempunyai kebolehan mengubat melalui
kaedah ‘menurun’. Caranya ialah jin tersebut memasuki tubuh orang
yang mempunyai saka tersebut dan kemudiannya menyamar sebagai
para wali Allah dan orang-orang soleh seperti Syeikh Abdul Qodir
al-jilani, Syeikh Bahauddin an-Naqsyabandi, Syeikh Abu Hassan as-Syazili
dan sebagainya. Namun hakikatnya ia cumalah jin yang datang daripada saka.
2. Pembawa saka mampu beubat tetapi menggunakan jampi yang mempunyai
unsur-unsur syirik yang boleh menggugurkan syahadah dan iman.
3. Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yang langsung
tidak dapat difahami.
4. Pengamal perubatan yang kebolehannya datang dari saka selalunya
sering melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat.
5. Ada di kalangan mereka mendapat ilmu kebolehan mengubat melalui mimpi tanpa belajar.

Masa Saka Berpindah:
Saka berpindah sebaik sahaja pembawa saka yang terdiri daripada nenek moyang yang membuat perjanjian dengan jin tersebut meninggal dunia. Apabila pembawa saka meninggal dunia, jin saka tersebut tidak mempunyai perumah/pembela maka ia mencari perumah/pembela baru dari kalangan anak cucu tuannya yang telah mati itu tadi.
Proses Perpindahan Saka:
Berikut adalah kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka tersebut:

Apabila nenek moyang yang membela jin tersebut mati; jasadnya mati setelah rohnya keluar dari jasadnya. Namun begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukannya seperti manusia.

Apabila jasad perumah saka itu dikebumikan, jin tersebut bebas dan berada dalam keadaan seperti layang-layang yang terputus talinya. Lalu ia berkeliaran di atas bumi mencari rumah tumpangannya yang baru. Perihal nyawa jin dan syaitan yang ternyata lebih panjang dari unsure manusia.

Firman Allah s.w.t.:

Maksudnya: "Iblis menjawab:'Beri tangguhlah saya sampai waktu dibangkitkan.' Allah berfirman : "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh." Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang) mereka dari jalan Engkau yang lurus.............Surah al-a'raf: ayat 14-16

Ø Kemudiannya saka tersebut akan berpindah kepada anak cucu sebagai perumah yang baru. Kebiasaannya jin tersebut akan berpindah kepada anak cucu yang ada mengamalkan jampi-jampi tertentu yang diambil dari si mati.

Ø Saka juga boleh berpindah dari si mati kepada warisnya apabila anak cucu tersebut ada menyimpan mana-mana barang tinggalan si mati.

Ø Saka juga berpindah kepada anaka cucu yang secara pengamatannya merupakan waris yang menjadi orang harapan kepada keluarga pada masa hadapan khususnya orang harapan kepada si mati yang menyimpan saka tadi.

Ø Orang yang berpotensi mewarisi saka adalah orang yang tinggal bersama si mati semasa hidupnya iaitu serumah denganya.




Tanda Seseorang Itu Mempunyai Saka:
Ø Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengean penyakit dan dikatakan penyakit misteri.
Ø Hilang ingatan dan mungkin menjadi gila. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, orang gila digelar 'majnun'. majnun bermaksud dijinkan iaituisim maf'ul.
Ø Sering lesu dan malas.
Ø Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.
Ø Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.
Ø Lenguh di sendi-sendi utama.
Ø Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga / kelibat orang.
Ø Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkannya sebagai kanser. Perlu diingat kanser berpunca daripada jin.
Ø Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.
Ø Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
Ø Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.
Ø Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.
Ø Mudah marah dan panas baran.
Ø Emosional dan terlalu sensitif.
Kesan Dan Akibat Daripada Saka:
Ø Orang memiliki saka sukar untuk mendapat anak.
Ø Banyak perkara ganjil berlaku di dalam hidup seperti pernah berjumpa dengan orang aneh namun orang lain tidak dapat melihatnya dan sebagainya.
Ø tidak berupaya untuk hidup dengan sempurna kerana menghidap pelbagai penyakit moden malah penyakit aneh yang tidak mampu didianogsiskan. Mungkin juga berpotensi menghidap penyakit kanser kerana kanser mempunyai pertalian yang rapat dengan gangguan jin.
Ø Tidak suka bergaul dengan manusia lain dan kurang suka hidup bermasyarakat.
Ø Sangat sensitif dan mudah terasa dengan kata-kata orang.
Ø Kadangkala tahu perkara-perkara mustahil diketahui oleh orang-orang lain. Namun hakikatnya ia adalah bisikan iblis dan jin.
Ø Anak kepada anak cucu yang mempunyai saka sentiasa banyak menangis semasa kecil dan semasa besar berperangai dengan perangai yang buruk.
Ø Anak cucu yang mempunyai saka suka melawan cakap ibu bapa dan orang lebih tua.
Ø Kehidupan menjadi suram dan tidak ceria serta selalu dalam keadaan tegang.

Faedah dari pembuangan SAKA ini:

Ø Hidup penuh bersemangat
Ø Disukai oleh orang ramai
Ø Kekuatan mental meningkat
Ø Dapat meninggalkan tabiat buruh seperti malas, takut, fobia dan stress
Ø Menjadi orang yang berfikiran positif dan berani menempuh kehidupan
Ø Dapat mengatasi masalah gangguan
Ø Usaha mencari rezeki lebih mudah
Ø Perniagaan berkembang
Ø Kerjaya meningkat
Ø Hubungan lebih baik dengan semua orang

Siapa perlu mengikuti terapi ini :

Ø Mereka yang bermasalah ketandusan rezeki
Ø Mereka yang bermasalah emosi yang tidak stabil
Ø Mereka yang tidak tenteram jiwa
Ø Mereka yang kerjaya tidak menjadi
Ø Mereka yang susah jodoh
Ø Mereka yang sentiasa resah
Ø Mereka yang menghadapi tekanan
Ø Mereka yang mengalami fobia
Ø Mereka yang mengalami trauma
Ø Mereka yang mengalami sakit jiwa
Ø Mereka yang inginkan perniagaan lebih maju dan berkembang
Ø Mereka yang inginkan kenaikan pangkat dalam pekerjaan


Untuk Rawatan Buang Saka sila hubungi 019-3919998 atau 019-3071314
(bercakap dengan Fadzil)